Friday, February 27, 2015

Innalillahiwainailaihirojiun... Al Fatihah.

Assalamualaikum..

Dari Allah kita datang kepada Allah kita akan kembali.

Tarikh 26 January 2015, jam 19:15pm tidak mungkin akan aku lupakan. Tarikh pulangnya almarhum ayahanda tercinta kepada penciptaNYA.

Janji Allah itu pasti dan mati itu pasti.

Hari ini telah 33hari kami sekeluarga tanpa kehadiran arwah. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh almarhum ayahanda tercinta, diampunkan segala kesalahan, diterima segala amal kebaikanmu. Semoga Allah sejahterakan dan bahagiakan mu disana, dilapangkan dan diterangkan kuburmu. Semoga Allah jadikan kuburmu itu antara taman-taman syurga dan tempat istirehat yg baik untukmu..Semoga Allah kumpulkan kita semula di syurgaNYA kelak..Amin. Al-fatihah.


Gambar arwah  papa 2 bulan sebelum arwah  kembali ke Rahmatullah.
Sedih sayu bila mengenangkan perjuangan hidup papa untuk kami dan keluraga. Dari muda smapai akhir hayat nya sentiasa keluarga jadi keutamaanNya. Gambar arwah papa ni aku ambil waktu kami bercuti ke Cameron Highlands 2 bulan sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Arwah sihat, xde sakit yg melarat atau lama. Cuma batuk-batuk sahaja. Admitted kat hospital hari ahad malam dan isnin esoknya papa menghembuskan nafasnya yg terakhir kali.



Kini hanya doa penghubung kita. Insyallah tak akan putus doa dari kami untukmu papa. Segala kenangan dan perjuangan hidup mu untuk kami tak akan mungkin kami lupa dan akan sentiasa tersimpan kemas dalam hati-hati kami. Sedih, rindu namun aku harus redha dan kuat demi untuk mama dan keluarga.

Alfatihah.

End.