Showing posts with label jjcm. Show all posts
Showing posts with label jjcm. Show all posts

Wednesday, January 6, 2016

CHONG KOK KOPITIAM

Siapa peminat kopi kalau berkelapangan boleh lar singgah kat kedai kopi yg agak famous di klang ni. Tapi di ingatkan ini bukan kedai kopi hipster ye..ini old timer nyer kedai.. kedai mmg old skol giler.. tapi kalu hari weekend mmg beratur nk dapat tempat duduk. Jom ngopi di CHONG KOK KOPITIAM.


Chong Kok Kopitiam ni dah beroperasi lebih 75 tahun since 1940. Kedai dia sempoi jer. Style kedai zaman kaberet..hehe. Rasanya dah banyak jugak blog yg review pasal kedai kopi ni. Nanti boleh lar kome google yer. Masuk paper, TV and magazine sume dah. AFC Astro channel pon dia dh pernah kuar. Pendek kata famous dah kot..pasai tue lar asal datang jer x pernah nyer x beratur..huhu.

Kedai ni owner chinese, depa jual kopi, roti bakar. Then ada juga stall jual Nasi Lemak. Pakcik Melayu yg jual. tak salah dia dah meniaga kt situ dekat 20 tahun jugak kot. Nasi lemak bungkus pon ada. Goreng-gorengan kuih pon ada juga. Service tip top. Order cepat jer sampai.

Dah byk kali pergi, so kali ni rasa nak share ler skit bagi kawan2 lak riki tempat ni. Jom tengok apa kami breakfast ritu.

Suasana dalam kedai. walau pon nampak lama, cctv ada hokey...



 Menu wajib..Kopi panas & telur separuh masak..rasa kopi dia mmg kaw!


Kopi Ais pon x kalah juga. Skali minum leh terkenang2 ler..ok. itu over! Hahaha. Harga kopi ais x smp RM2 kot. Tapi mmg kaw!


Kopi Ais + Roti Bakar + Telur separuh masak..nyum

Nasi Lemak

Nasi lemak bungkus
 Last week datang pakcik jual nasi lemak x meniaga, cuti tahun baru kot. Yg itu pon sedap gak nasi lomak nyer. Boleh pilih2 lauk..next time korang datang insyallah ada lar tue.

Ni harga utk roti bakar.
Order kami ritu ialah 1 kopi panas, 1 kopi ais, 2 set roti bakar, 3 set telur separuh masak , 2 bungkus nasi lemak & 1 vitagen..Sume skali dlm RM15.40. Haa..Murah ke idok? Ok lar kot kan.

So kalu kome tersesat ke klang bebila, boleh lar menyinggah sarapan pagi kat sini. Lokasi nyer senang jer nak cari. Boleh jer waze Chong Kok Kopitiam or cari jer Stesen keretapi Klang. Mesti jumpa.

Note: Sila sediakan kesabaran utk mendapat seat anda. 

Tips: datang after 10am kurang skit org..tapi dah nama breakfast pergi pepagi lar baru best. 

Warning: tidak sesuai utk lepak borak lama sbb ramai lagi yg akan menunggu utk duduk kecuali anda hati kering.

Sekian.

Chong Kok Kopitiam.
Address
  • No 5, Jalan Stesen
  • 41100 Klang
Phone03-3371 0996
Websitehttp://chongkok.blogspot.com
FB: Chong Kok Kopitiam

N.

Wednesday, October 7, 2015

JJCM : JEMARI Thai Restaurant



Assalamualaikum

Korang sini sapa suka makan kerabu??

Kalu kerabu mangga, kerabu taugeh dan sewaktu dengan nya biasa lar dengar kan..

Tapi ni nak citer kerabu kangkung..Haaa?? Kangkung?? Apakah..hehe *jangan bahan ;)

Yes kat Restaurant Jemari..Sedap!

Mesti korang tertanya2 kan camne rupa nyer kerabu kangkung nie..itu ler jugak yg aku tanya kat member aku masa dia ajak try mkn kerabu kangkung restaurant Jemari ni..sekali dah rasa..memang sesuai tekak lar.

So, ritu ajak omak pulak dtg makan sini. Jom tengok lokasi.


 Lokasinya adalah di Seksyen 7 Shah Alam. Dekat area business center Jakel & byk butik2 online tue..sapa rajin shopping area tue sure taw lar. Kedai ni berhadapan dengan Rosni@Shah Alam dan Restaurant Papa Rich. Dua landmark tue cukup dah nk cari kot..Nk lagi senang waze aja..samapai..hehe.

Basically restaurant ni menyediakan makanan thai a.k.a macam kedai tomyam lain. Tapi sbb ada menu kerabu kangkung yg sedap tue..maka wajib lar aku nak share dgn kengkwn.

Jom masuk tgk restaurant..




Aritu kami datang agak awal lar juga, so kedai pon tak ramai orang lagi. Deko kedai simple jer ala2 traditional contemporari lar jugak..deko kayu kayan pon cantik..kira sesuai lar utk family. And lama skit aku tgk ramai jugak lar family yg datang makan kat sini.

Now mari kita order. Abe minta menu pleaseeeee...





Nak lunyai dah aku tengok buku menu dia..haha. Ramai customer ler tue kot..hehe. Baguslah kan..

So boleh pilih nak order ala carte or yg set2 pon ada jugak..


Sebab aku datang ngan omak and anak buah 2 org..so kami order yg simple jer.

Haaa..inilar order kami..yg penting ada kerabu kangkung.

Kerabu Kangkung - RM8.50
 Haaa..itular dia rupa kerabu kangkung. Memula dok pikir gak camne rupanyanyer..skali datang rupanya macam kangkung yg digoreng. Crispy2 skit pastu adalar rasa pedas2 skit..macam kalau makan buat kudap-kudapan pon aci jugak..hehe.  Harga ialah RM8.50 sepinggan. Portion agak byk jugak lar kalu utk kami 2 org dewasa makan.


Tom Yam Campur dilupa jangan

Sotong goreng tepung..tapi dah macam rupa cekodok pon ada jugak aku tgk..hehe

Telor Dadar..wajib ada utk budak2 yg x makan pedas.
Milo ais utk budak2

Orange juice utk omak

Air suam utk aku..diet lar konon nyer..haha
So, kalau anda penggemar makanan thai maybe leh try menu disini. Rasa ok sedap jugak. service pon agak cepat. Xdelar lama sangat menunggu aritu.

Rasanya dorang ada branches lain jugak..boleh check kat FB mereka.

So boleh lar folow FB mereka --------> www.facebook.com/Jemari-thai-restaurant-593482557412321/timeline/

Selamat makan!

N.

Tuesday, October 6, 2015

JJCM: RSMY - Best Cheese Nan In Town!




Assalamualaikum..

Maaf lar blog dah bersawang.. kita main #throwback2 jer lar ye

Nampak sangat byk sydrome "M" melanda diri hehe

Ok. Abis intro..jom makan cheese nan!

Dimana??? Jom kita ke...............

Restauran RSMY- House of Original Briyani and Cheese Nan.

Lokasi dia kat Jalan Medan Tuanku, Kuala Lumpur. Bagi yg agak2 kurang ilmu jalanraya cam aku, sila waze jer nama restaurant tue..insyallah sampai.

Jom tgk lokasi..

Signboard..

Orang agak ramai..nak2 kalau korang datang time  weekend. Harap sabar menunggu..

Now, moh kita tengok menu..





Macam restaurant mamak yg lain juga, if korang tak nak makan naan, ada juga menu2 lain. Tapi sbb tagline dorang "Best Cheese Nan In Town" maka, adalah wajib order the famous cheese nan tue..enak dimakan begitu saja *siyes tak tipu! :)

Yes..itulah dia Cheese Nan yg famous tuh..order sila sorang satu..hihi *tamak sbb lapor


Close up skit..

Burn2 skit tue biasa lah kan..

Haaaa...tgk cheese dia..meleleh!

Dappnyer..lahai

Nasi Briyani

Daging Keema, yg ini ramai yg rekemen mkn with cheese nan tue. Tapi aku mkn cheese nan aja pon dah sedap

So, pasni kalu ada lalu2 kat kawasan tue, leh lar menyinggah..kalu tak salah dorang ada satu lagi branch kat Danau Kota.

Leh follow FB & IG dorang juga.


Selamat makan! :)

N.

Monday, October 20, 2014

JJCM: Kacang Pool Haji, Larkin Johor

Assalamualaikum



Yummyy..hemmm selera tak korang tengok??? Cam sedap kan..YESS mmg SEDAP!! Aku highly recommended!!

Ok menu atas nie..is Kacang Pool Haji. Hah?? Kacang Pool apa mende tue..x pernah dengar pon...tue mesti soklan dalam kepala korang kan..hahaha

Yelar sama mcm aku gak ritu..skali rasa amik ko asal turun JB jer skrg wajib kami  singgah mkn kat gerai Kacang Pool Haji, Larkin.

Camne rasa dia..hmmm rasa cam mkn kuah spagetthi pon ada gak sbb its a mixed of kacang pool & beef then dengan telor mata, cili potong, bawang & limau..mkn dengan roti bakar tebal tue,,mmg terbaekkk!!! 

Harga 1 set ialah RM 5.00 sahaja. 

Sesuai utk makan kala sarapan atau minum petang..kalu tengahari pon boleh juga sbb gerai ni buka dari jam 7am - 1am setiap hari.

Nak cari senang aja, search jer dekat waze Medan Selera Larkin. Landmark medan selera nie is next to Balai Bomba Larkin.

So if korang ada kelapangan boleh lar mencuba Kacang pool haji, Larkin nie.  Kalu malas nak pergi larkin korang boleh lar juga ke Angsana Mall. Kat situ ada satu branch dorang. Dont worry rasa tetap sama, tp lagi feel kalu mkn kat larkin..hehe.

Owh lagi satu just to inform owner gerai nie is belong to husband artis wan maimunah. Kalu ada rezeki mesti dpt jumpa Mak Wan kat sana. Ramah & tak sombong org nyer..siap dia skali turun padang kat situ amik order angkat pinggan bagai. Tahniah Mak Wan!

Note: A must try food when you in Johor!

(^_^)