Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Thursday, December 6, 2012

Cheese Cake

Assalamualaikum & Bismillah..


Tadaaa!!! My first Homemade Cheese Cake! YuMmYYy!!! (^_^)
 


Hahaha..aku pun cam x percaya jer aku suksess wat resepi cheese cake nie utk pertama kalinya! Resepi yg ringkas & mudah utk dicuba especially utk org2 yg tak berapa nak rajin macam aku  nie.. Kalu tak mudah mmg confirm2 aku tak buat..percaya lah..heee~ Thanks to myresepi.com sbb share resepi mudah nie..(^_^)

So, jgn citer byk..jom tgk bahan2 & cara buat nyer...


Bahan utk base cake:
 Biskut - terpulang lar nk guna biskut apa pun. Biskut marie/ oreo/tiger..sukati. yg nie aku wat guna biskut   marie jer. Byk mana pun agak2 lar korang nk base tebal mana yek.
- Butter/mentega

Bahan utk filling :-
- 250g cream cheese - aku guna philadephia cream cheese
- 200ml fresh cream/plain yogurt ~ aku guna yogurt biasa jer
- 2 sudu besar jus lemon
- 3 sudu besar tepung gandum
- 2 biji telor
- 90g gula halus


Bahan utk Deko:-
- Coklat & Strawbery or ikut citarasa masing2

Cara - caranya:-
1. Memula skali buat base cake. Kalu guna Biskut oreo dibuangkan creamnya kemudian ramas2 kan sampai hancur sikit. Kemudian gaulkan dengan mentega yg telah dicairkan, then masukkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan mentega dan dialas dengan baking paper terlebih dahulu, padat2 kan sikit adunan biskut tersebut. Siap & letak tepi jap or simpan dlm peti ais.
2.  Campurkan semua bahan utk filling ke dalam mixer. Mix semua smp jadi cream.
3. Then masuka kan ke dalam loyang yg dah ada base tadi. & bakar selama 40-45 minit. Tapi aku bakar guna cara "water bath"..ala yg letak loyang isi air then baru letak loyang cake atas tue..then bakar. Kalu tak nak complicated bakar jer macam biasa. Jadi juga.
4.Setelah hampir masak atau selepas 30minit boleh lar letak alumunium foil utk cover permukaan cake drp hangus.
5.Setelah masak, sejuk kan seketika & kemudian simpan dalam peti sejuk. Bole deko dgn strawbery or coklat cair or ikut lar citarasa masing2.
6. Simpan semalaman dlm peti sejuk utk mendapatkan cheese cake yg lebih cantik & sedap. Tapi smlm buat tak sempat nk sejuk dah licin..hahaha.

Ok, selamat mencuba (^_^)

End.

Sunday, May 27, 2012

Brownies Full of Choc & Walnut

Bismillah

Today aku nak share resepi chocolate brownies..my favorite..nyum nyum..(^_^)
Actually jumpa resepi ni kat Myresepi.com. Bila first time buat sedap pula rasanya.
Sebab sedap & senang nak buat, jadi hari ini aku paste kan resepi nya kat sini. Kalau kawan2 rajin sila lar mencuba..Enjoy! (^_^)

fresh from the oven..nmpk x cun..tp sedapppp..chewahhh, perasan lak..hihihi

full choc & walnut brownies

Bahan-bahan 

  • 250g (sebuku) butter
  • 400g coklat masakan
  • 6 biji telor
  • 1 cawan gula perang (ikut resepi asal 2 cawan, tapi sbb tak nak manis sgt..kurangkan jd 1 jer)
  • 2 penutup esen vanilla
  • 1 sudu besar coklat emulco
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan serbuk coklat
  • 1/2 cawan kacang walnut @ pecan @ almond @ macadamia. Ikut suka. Kalau tak letak kacang pun tak apa.

Cara-cara

  1. Panaskan oven 180 darjah.
  2. Double boil butter dan coklat masakan. Pastikan air yang menggelegak tak masuk dalam adunan butter dan coklat masakan. Setelah cair, ketepikan. Biarkan sejuk.
  3. Dalam bekas lain, masukkan telur, gula perang, esen vanilla dan coklat emulco. Gunakan spatula untuk sebatikan bahan-bahan ini.
  4. Tuang adunan butter dan coklat masakan yang dicairkan tadi ke dalam adunan di atas. Gaulkan sebati. Jangan kacau terlalu lama. Setakat sebatikan saja.
  5. Ayak tepung gandum dan serbuk coklat. Masukkan dalam adunan di atas bersama kacang (jika ada). Gaul sebati dan masukkan ke dalam loyang yang sudah digriskan dengan marjerin atau butter.
  6. Bakar selama 45 minit menggunakan api atas bawah atau sehingga masak. Gunakan lidi untuk periksa bahagian tengah brownies..Dah masak, hidang & ngap..SELAMAT MENCUBA (^_^)

Friday, May 25, 2012

Puding Roti

Bismillah

Alhamdulillah malam nie mood rajin ku tiba..rajin pulak nk baked & update blog..(^_^)

Request dari kak ipar yg teringin nak makan puding roti ku..(aritu wat k.ipar tak sempat nk rasa dh abis, omak & alya shana mkn..sedap lar kot..hahaha), so rini mood rajin tiba, bahan pun ada, jadi kita pun turun lar ke dapur buat..& inilah hasil nya..tadaaa!!!!sedap mkn ngan ice ream vanila..wallaheee.

Fresh from the oven..nyum..nyumm..

BAHAN-BAHAN
  • 4 keping roti
  •  2 biji telur ayam
  • 1 sudu besar butter - cairkan
  • 1/4 cawan gula (equals to 50gram)
  • 235ml susu cair - nak guna fresh milk pon boleh
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • kismis ikut suka hati

CARA-CARA

  1. Toast roti ke dalam toaster sehingga garing (kalu malas nk bakar atas kuali je, pun bole..hihihi). Carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam acuan.
  2. Tabur sedikit kismis di celah-celah dan di atas roti, kemudian tuang butter yang telah dicairkan tadi ke atas roti tersebut.
  3. Pukul telur, susu, gula dan esen vanilla sehingga sebati dan tuang ke dalam acuan yang berisi roti tadi.
  4. Tabur lebihan kismis dan biarkan adunan telur menyerap sebentar ke dalam roti.
  5. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan sehingga keperangan selama 20-25 minit dengan suhu 180 C.
  6. Angkat, hidang dan ngap..opsss, jgn lupa baca bismillah yek (^_^). Enak dimkn begitu saja or nk lagi best mkn ngan ice cream..mmg umppp!! Selamat Mencuba.. (^_^)


Monday, January 2, 2012

Ayam Goreng Berlado


Biasa kan tgk lauk nie. Kalu korang pergi makan kat kedai Nasi Padang sure jmp lauk nie kan.. Lauk nie nama nya "Ayam Goreng Berlado" kalu aku x salah ler..hihi (^_^) Omak ku selalu jer masak lauk nie kt umah..antara menu2 favorite kami lar kat umh nie..yelar coz kami nie org minang kan..harus lar suka mkn pedas..k, so rini aku lak yg masak, omak duduk goyang kaki jer..huhuhu.

Jom try..

Bahan- bahannya:

Bahan A
Ayam (potong & dibersihkan)
Kentang ( belah 8 kot..ikut suka lar)

Bahan B
Cili Masak
Tomato
Bawang Besar
Bawang putih

Bahan C
Minyak
Limau nipis
Garam secukup rasa

Cara Memasak:

1. Goreng Ayam yg telah dipotong & dibersih kan..make sure ayam tue dh dikunyit sebelum goreng yea..goreng hingga garing keemasan. Dah siap, asing kan/
2. Goreng kentang sehingga kuning keemasan..pun sama dah masak angkat & asing kan.
3. Kisar kasar bahan B ( cili merah, tomato, bawabg besar & bawang putih)
4. Panas kan minyak, masuk kan bahan B yg telah dikisar. kemudian masuk kan garam secukup rasa & perah limau nipis. Goreng hingga garing & naik bau nyer.
5. Setelah cili masak, masuk kan ayam & kentang yg telah digoreng.
6. Gaul rata & siap utk dihidang.

Selamat mencuba.
.(^_^)

Saturday, December 24, 2011

Menu: Paprik Campur

Misi entry resepi nie aku wat sebenarnya adalah utk share kan resepi2 yg bonda ku & kwn2 ajar kan. Juga utk simpanan & rujukan ku di hari2 mendatang..kira nya ala2 buku koleksi resepi2 ku lar nie.. Insyallah ( ^_^)

Utk first entry nie, menu kita ialah "PAPRIK CAMPUR ala AN" sbb An yg masak...hihihi. Menu nie is one of my favorite gak. Agak mudah gak resepi nie & resepi nie aku dpt & diajar oleh teman serumah ku dulu..kak nita..tqvm kak..(^-^)

Nie aku paste skali bahan2 & cara memasak skali..jom try!



"Paprik Campur ala AN"

Bahan A:

-Ayam ( ikut byk mana yg nak..di potong dadu)
-Lobak merah
-Kacang Buncis
- Tomato
-Jagung Muda
-Bunga Kobis
-Cendawan
-Cili Merah
-Bawang Besar ( dihiris nipis)
-Daun Limau purut


Bahan B:

-Cili giling / Cili boh
-Sos Cili
-Sos Tiram
-Kicap
-Garam secukup rasa
-Limau Nipis


Bahan C:

Minyak masak
Bawang besar + bawang putih ( dikisar halus)

Cara Memasak:

1. Panas kan minyak & tumiskan bawang besar & bawang putih yg telah dikisar halus sehingga naik bau.
2. Masuk kan cili giling/cili boh. Kemudian masuk kan sos cili, sos tiram & kicap. how much nk masuk..ikut sesedap rasa lar yek..then masuk kan garam & daun limau purut..kacau, dan masuk kan ayam yg dah dipotong dadu. Tumis hingga garing.
3. Setelah garing..masuk kan kesemua bahan A ( sayur-sayuran). Kacau hingga rata.
4. Last skali perah kan limau nipis & kalu nk lebih kuah bole tambah kan air ikut kesesuain.
5. Biar kan seketika, dan SIAP!

Selamat mencuba..(^_^)