NATRAH (1937 - 2009)..nama yg agak asing atau tidak begitu dipeduli tentang siapa dia gerangan empunya nama ini oleh sebahagian drpd kita. Even bagi aku sendiri pun hanya mengenali kisah pemilik nama NATRAH ini selepas menonton teater Natrah pada 2010 yg diadaptasi kan dari kisah benar menyayat hati yg berlaku sekitar tahun 1950an. Teater yg dipentas kan di Istana Budaya buat pertama kalinya pada 2010 hasil sentuhan seniwati Erma Fatimah benar2 meninggal kesan utk penonton lebih menghayati kisah duka perjalanan seorang insan kecil yg tidak berdosa yg menjadi "mangsa" propanganda bangsa penjajah..dan kesempatan memiliki biography Natrah ini walaupun agak lambat telah memberikan satu penjelasan yg sgt menyentuh jiwa.
Biography Natrah @Nadra @ Huberdina Maria Hertogh @ Bertha, Cinta..Rusuhan..Airmata tulisan Fatini Yaacob bukan sekadar biography biasa tapi sebuah penyelidikan yg mendalam yg berjaya mengungkapkan pelbagai tema besar dalam mendalami kisah hidup seorang insan yg bernama Natrah. Terharu & menitis jua airmata bila membaca betapa isu natrah ini benar2 telah menyatukan orang melayu & islam seluruh Tanah Melayu, Indonesia & Singapura dalam memperjuangakan maruah bangsa & agama Islam drpd terus dihina oleh bangsa penjajah.
Natrah adalah kisah cinta dua insan yg agung yang menyatu dengan kisah cinta bangsa melayu kepada agamanya sehingga mencetus rusuhan yg tragis di Singapura.Tragedi Natrah pada Disember 1950 benar2 telah menggemparkan seluruh dunia. Hampir 15 org terbunuh & 180 yg lain cedera dalam rusuhan yg memperjuangan akidah & maruah seorang gadis muslim khasnya & memperjuangkan hak kemanusian amnya. Hampir semua bangsa tanpa mengira latar belakang bersama2 memperjuangkan hak Natrah utk tetap tinggal di Tanah Melayu bersama ibu angkat kesayanganya Che Aminah & suami yg dicintai nya Mansor Adabi. Itulah rasa hati & kehendak jiwa Natrah. Hasrat utk hidup bahagia disamping org2 yg disayangi ini telah dgn kejam dinafikan haknya oleh undang2 sivil penjajah demi sebuah propaganda yg penuh muslihat tersembunyi.
Walau Natrah tanpa rela telah dipaksa utk pulang ke pangkuan keluarga kandungnya di Belanda namun hati & cintanya tetap tinggal di tanah melayu bersama2 ibunya Che Aminah & suami tercinta Mansor Adabi. Saat2 bahagia sewaktu di Tanah Melayu kekal di ingatan Natrah sebagai penguat utk dia menjalani hidup & berharap sinar bahagia utk bertemu insan2 yg sgt2 di cintai nya.
Begitu hebat derita jiwa yg dialami Natrah dari hari dia dipisahkan dgn ibu angkat kesayanganya & suami yg dikasihinya. Lebih menderita lagi apabila pegangan hidup nya juga turut sama diragut. Namun Natrah tetap tabah menjalani hidupnya. Pelbagai derita yg tak berkesudahan diterimanya. Semua dgn harapan agar suatu hari nnt dia akan dapat kembali ke pangkuan keluarga nya di Tanah Melayu & merasa sinar bahagia. Tapi Natrah hanya merancang, Tuhan yg lebih mengetahui..
Tahniah kepada penulis Datin Sri Fatini Yaacob yg telah mencurah segala masa & tenaga merentasi benua dalam membuat kajian & mencari kebenaran sebuah kisah benar insan yg bernama NATRAH.Semoga kisah Natrah ini dapat memberi kita sebuah ikhtibar utk dihayati & dipelajari dalam memahami erti kasih sayang & perpaduan ummah..InsyALLAH.
No comments:
Post a Comment