Wednesday, January 6, 2016

CHONG KOK KOPITIAM

Siapa peminat kopi kalau berkelapangan boleh lar singgah kat kedai kopi yg agak famous di klang ni. Tapi di ingatkan ini bukan kedai kopi hipster ye..ini old timer nyer kedai.. kedai mmg old skol giler.. tapi kalu hari weekend mmg beratur nk dapat tempat duduk. Jom ngopi di CHONG KOK KOPITIAM.


Chong Kok Kopitiam ni dah beroperasi lebih 75 tahun since 1940. Kedai dia sempoi jer. Style kedai zaman kaberet..hehe. Rasanya dah banyak jugak blog yg review pasal kedai kopi ni. Nanti boleh lar kome google yer. Masuk paper, TV and magazine sume dah. AFC Astro channel pon dia dh pernah kuar. Pendek kata famous dah kot..pasai tue lar asal datang jer x pernah nyer x beratur..huhu.

Kedai ni owner chinese, depa jual kopi, roti bakar. Then ada juga stall jual Nasi Lemak. Pakcik Melayu yg jual. tak salah dia dah meniaga kt situ dekat 20 tahun jugak kot. Nasi lemak bungkus pon ada. Goreng-gorengan kuih pon ada juga. Service tip top. Order cepat jer sampai.

Dah byk kali pergi, so kali ni rasa nak share ler skit bagi kawan2 lak riki tempat ni. Jom tengok apa kami breakfast ritu.

Suasana dalam kedai. walau pon nampak lama, cctv ada hokey...



 Menu wajib..Kopi panas & telur separuh masak..rasa kopi dia mmg kaw!


Kopi Ais pon x kalah juga. Skali minum leh terkenang2 ler..ok. itu over! Hahaha. Harga kopi ais x smp RM2 kot. Tapi mmg kaw!


Kopi Ais + Roti Bakar + Telur separuh masak..nyum

Nasi Lemak

Nasi lemak bungkus
 Last week datang pakcik jual nasi lemak x meniaga, cuti tahun baru kot. Yg itu pon sedap gak nasi lomak nyer. Boleh pilih2 lauk..next time korang datang insyallah ada lar tue.

Ni harga utk roti bakar.
Order kami ritu ialah 1 kopi panas, 1 kopi ais, 2 set roti bakar, 3 set telur separuh masak , 2 bungkus nasi lemak & 1 vitagen..Sume skali dlm RM15.40. Haa..Murah ke idok? Ok lar kot kan.

So kalu kome tersesat ke klang bebila, boleh lar menyinggah sarapan pagi kat sini. Lokasi nyer senang jer nak cari. Boleh jer waze Chong Kok Kopitiam or cari jer Stesen keretapi Klang. Mesti jumpa.

Note: Sila sediakan kesabaran utk mendapat seat anda. 

Tips: datang after 10am kurang skit org..tapi dah nama breakfast pergi pepagi lar baru best. 

Warning: tidak sesuai utk lepak borak lama sbb ramai lagi yg akan menunggu utk duduk kecuali anda hati kering.

Sekian.

Chong Kok Kopitiam.
Address
  • No 5, Jalan Stesen
  • 41100 Klang
Phone03-3371 0996
Websitehttp://chongkok.blogspot.com
FB: Chong Kok Kopitiam

N.

9 comments:

  1. I love reading yours. Keep it uo,

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Thanks for drop by Adam..sorry for late reply

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Selalu order roti wholemeal & kopi o, sedap! Selalu breakfast hari Ahad, belum try lagi pergi on weekdays :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn..time weekend jer boleh dtg. Weekday mmg tak sempat. Thanks Melissa singgah blog ni..sorry late reply 😊

      Delete
  4. kedai old school mcm ni kdg2 sedap, lagi2 part kopi..urmm sedap, lagi hitam lagi sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yezza..asyik dok p kedai hipster jer kan. Moh kita p kedai old school pulak..hehe. Thanks Zie singgah blog kita 😊

      Delete