Wednesday, October 7, 2015

JJCM : JEMARI Thai Restaurant



Assalamualaikum

Korang sini sapa suka makan kerabu??

Kalu kerabu mangga, kerabu taugeh dan sewaktu dengan nya biasa lar dengar kan..

Tapi ni nak citer kerabu kangkung..Haaa?? Kangkung?? Apakah..hehe *jangan bahan ;)

Yes kat Restaurant Jemari..Sedap!

Mesti korang tertanya2 kan camne rupa nyer kerabu kangkung nie..itu ler jugak yg aku tanya kat member aku masa dia ajak try mkn kerabu kangkung restaurant Jemari ni..sekali dah rasa..memang sesuai tekak lar.

So, ritu ajak omak pulak dtg makan sini. Jom tengok lokasi.


 Lokasinya adalah di Seksyen 7 Shah Alam. Dekat area business center Jakel & byk butik2 online tue..sapa rajin shopping area tue sure taw lar. Kedai ni berhadapan dengan Rosni@Shah Alam dan Restaurant Papa Rich. Dua landmark tue cukup dah nk cari kot..Nk lagi senang waze aja..samapai..hehe.

Basically restaurant ni menyediakan makanan thai a.k.a macam kedai tomyam lain. Tapi sbb ada menu kerabu kangkung yg sedap tue..maka wajib lar aku nak share dgn kengkwn.

Jom masuk tgk restaurant..




Aritu kami datang agak awal lar juga, so kedai pon tak ramai orang lagi. Deko kedai simple jer ala2 traditional contemporari lar jugak..deko kayu kayan pon cantik..kira sesuai lar utk family. And lama skit aku tgk ramai jugak lar family yg datang makan kat sini.

Now mari kita order. Abe minta menu pleaseeeee...





Nak lunyai dah aku tengok buku menu dia..haha. Ramai customer ler tue kot..hehe. Baguslah kan..

So boleh pilih nak order ala carte or yg set2 pon ada jugak..


Sebab aku datang ngan omak and anak buah 2 org..so kami order yg simple jer.

Haaa..inilar order kami..yg penting ada kerabu kangkung.

Kerabu Kangkung - RM8.50
 Haaa..itular dia rupa kerabu kangkung. Memula dok pikir gak camne rupanyanyer..skali datang rupanya macam kangkung yg digoreng. Crispy2 skit pastu adalar rasa pedas2 skit..macam kalau makan buat kudap-kudapan pon aci jugak..hehe.  Harga ialah RM8.50 sepinggan. Portion agak byk jugak lar kalu utk kami 2 org dewasa makan.


Tom Yam Campur dilupa jangan

Sotong goreng tepung..tapi dah macam rupa cekodok pon ada jugak aku tgk..hehe

Telor Dadar..wajib ada utk budak2 yg x makan pedas.
Milo ais utk budak2

Orange juice utk omak

Air suam utk aku..diet lar konon nyer..haha
So, kalau anda penggemar makanan thai maybe leh try menu disini. Rasa ok sedap jugak. service pon agak cepat. Xdelar lama sangat menunggu aritu.

Rasanya dorang ada branches lain jugak..boleh check kat FB mereka.

So boleh lar folow FB mereka --------> www.facebook.com/Jemari-thai-restaurant-593482557412321/timeline/

Selamat makan!

N.

Tuesday, October 6, 2015

JJCM: RSMY - Best Cheese Nan In Town!




Assalamualaikum..

Maaf lar blog dah bersawang.. kita main #throwback2 jer lar ye

Nampak sangat byk sydrome "M" melanda diri hehe

Ok. Abis intro..jom makan cheese nan!

Dimana??? Jom kita ke...............

Restauran RSMY- House of Original Briyani and Cheese Nan.

Lokasi dia kat Jalan Medan Tuanku, Kuala Lumpur. Bagi yg agak2 kurang ilmu jalanraya cam aku, sila waze jer nama restaurant tue..insyallah sampai.

Jom tgk lokasi..

Signboard..

Orang agak ramai..nak2 kalau korang datang time  weekend. Harap sabar menunggu..

Now, moh kita tengok menu..





Macam restaurant mamak yg lain juga, if korang tak nak makan naan, ada juga menu2 lain. Tapi sbb tagline dorang "Best Cheese Nan In Town" maka, adalah wajib order the famous cheese nan tue..enak dimakan begitu saja *siyes tak tipu! :)

Yes..itulah dia Cheese Nan yg famous tuh..order sila sorang satu..hihi *tamak sbb lapor


Close up skit..

Burn2 skit tue biasa lah kan..

Haaaa...tgk cheese dia..meleleh!

Dappnyer..lahai

Nasi Briyani

Daging Keema, yg ini ramai yg rekemen mkn with cheese nan tue. Tapi aku mkn cheese nan aja pon dah sedap

So, pasni kalu ada lalu2 kat kawasan tue, leh lar menyinggah..kalu tak salah dorang ada satu lagi branch kat Danau Kota.

Leh follow FB & IG dorang juga.


Selamat makan! :)

N.

Friday, June 19, 2015

Ramadhan 1436H I 2015


Assalamualaikum..

Tahun ini bukan lah tahun pertama aku menyambut ramadhan tanpa papa. Kalau dulu waktu aku adik
 beradik kecik lagi mmg papa selalu tiada bersama kami atas tuntutan kerja tapi kami tau papa ada & hari raya pasti papa akan pulang walau mungkin bukan di hari pertama hari raya.

Tapi tahun ini 2015 papa tiada..papa telah pergi yg tak akan kembali..waktu2 ramadhan nie aku terkenang kan papa. Alhamdulillah, 2013, 2014 aku selalu bawa dia pergi terawih kat Masjid Shah Alam. Dia suka. Boleh kata tiap hari..walhal aku keje kat klang waktu tue. Aku usahakan juga utk balik awal supaya dapat bawa papa, mama & anak2 buah pergi terawih kat sana. Kalu weekend kami buka puasa kat masjid atau skali skala sahur kat sana. Arwah papa suka. 10 malam akhir ramadhan pasti dia nak iktikad di masjid. Kalau weekend kami pun joint skali. One of my sweet moments with him. Rindu..huhu.

Semoga Allah merahmati arwah papa. Hanya doa dari kami untukmu disana..Amin.

Friday, February 27, 2015

Innalillahiwainailaihirojiun... Al Fatihah.

Assalamualaikum..

Dari Allah kita datang kepada Allah kita akan kembali.

Tarikh 26 January 2015, jam 19:15pm tidak mungkin akan aku lupakan. Tarikh pulangnya almarhum ayahanda tercinta kepada penciptaNYA.

Janji Allah itu pasti dan mati itu pasti.

Hari ini telah 33hari kami sekeluarga tanpa kehadiran arwah. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh almarhum ayahanda tercinta, diampunkan segala kesalahan, diterima segala amal kebaikanmu. Semoga Allah sejahterakan dan bahagiakan mu disana, dilapangkan dan diterangkan kuburmu. Semoga Allah jadikan kuburmu itu antara taman-taman syurga dan tempat istirehat yg baik untukmu..Semoga Allah kumpulkan kita semula di syurgaNYA kelak..Amin. Al-fatihah.


Gambar arwah  papa 2 bulan sebelum arwah  kembali ke Rahmatullah.
Sedih sayu bila mengenangkan perjuangan hidup papa untuk kami dan keluraga. Dari muda smapai akhir hayat nya sentiasa keluarga jadi keutamaanNya. Gambar arwah papa ni aku ambil waktu kami bercuti ke Cameron Highlands 2 bulan sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Arwah sihat, xde sakit yg melarat atau lama. Cuma batuk-batuk sahaja. Admitted kat hospital hari ahad malam dan isnin esoknya papa menghembuskan nafasnya yg terakhir kali.



Kini hanya doa penghubung kita. Insyallah tak akan putus doa dari kami untukmu papa. Segala kenangan dan perjuangan hidup mu untuk kami tak akan mungkin kami lupa dan akan sentiasa tersimpan kemas dalam hati-hati kami. Sedih, rindu namun aku harus redha dan kuat demi untuk mama dan keluarga.

Alfatihah.

End.

Friday, January 2, 2015

Easy Peasy Homemade Scone

Assalamualaikum

Hari nie 2nd day of 2015, rasanya masih belum terlewat lagi aku nak wish Happy 2015 kan. Semoga tahun ini menjadi lebih baik dari tahun2 sebelumnya..Amin. :)

Kita mulakan entry pertama 2015 nie dengan sesuatu yg manis ok! Hehe

Homemade Scone served with strawberry jem & butter
Cerita manis hari pertama 2015, hehe actually semalam petang tekak nie teringin nak makan something yg sweet aka dessert lar tue. Maklum lar musim2 cuaca sendu  musim2 hujan nie, nak keluar rumah pun malas. So, masak air then bancuh teh. Dah bancuh teh panas mesti lar nak kena ada jodohnya jugak kan kan..so gigih lar diri nie google cari resepi ringkas yg x renyah nak buat. End up teringat my friend ada share simple scone resepi kat FB dia. Thanks Dilla for the recipe..memang senang easy peasy jer nak buat..hihiks :)

Jom tengok what are the ingredients & cara nak buat.

325g self-raising flour
2/3 cup (170ml) cold lemonade
2/3 cup (170ml) thickened cream

Methods:
Preheat oven to 225 degrees C (205 in a fan forced oven). Line a baking tray with baking paper or sprinkle a bit of flour on the tray to stop sticking.

Sift flour into a large bowl. Combine lemonade and cream in a bowl. Add the lemonade and cream mixture to the sifted flour and gently fold ingredients together until just combined (don't over mix the dough as this will make tough scones). The dough should be fairly soft and a bit sticky.

Place dough on a lightly floured bench and spread dough to approximately 3.5 cm thick. You can either use a shaped cutter or a knife to cut the dough, make sure that the knife or cutter is sharp and cuts cleanly so it won't affect the rise of the scone.

Place scones close together on the tray, so they are just touching. Bake for about 12-15 minutes, or until pale golden and cooked through.If you like your scones to have a soft crust just cover them with a tea towel for a few minutes. These are at their absolute best when served hot.

Note: Aku copy paste jer dari FB dia. Malas nk translate.

My first try and alhamdulillah menjadi. hehe..Sedap dapat makan panas2 with strawberry jem and butter. So, recipe aku dah paste kan kat atas tue, kalu korang rajin boleh lar mencuba juga. (^_^)

Sekian.





Friday, November 21, 2014

Autum in My Heart - KOREA 2014 - PART 1

Assalamualaikum

Autumn In My Heart
Last week baru jer balik dari trip korea. Actually this is my 2nd trip to K-pop country nie..hehe. 1st time g last year 2013 masa tue winter. Entry winter trip tue dok ada lagi kat draft..hihi. Insyallah nnt kita try abiskan ye #harapan!

Okeh..citer yg latest nyer lar dulu. Nak jadi citer leh g lagi skali nie sbb dapat flight ticket murah and the date we choosed was Autumn. Cantik dah ler tue kan. We booked in Augus 2014, masa tue AirAsia tgh promo. Dapat return flight dalam RM409 per pax!!  Murah kotttt..harus lar book kan.Haha. So travel date was 12 - 16 Nov 2014 (5D4N).

Motip: Nak coffee2 & layan view autumn kata nyer *wink wink

Excited! coz nie 1st time travel depart dari KLIA2. Wahh jakun jap bila sampai..haha. Besar & dah macam mall pon ader KLIA2 nie. Sosat gak ler dalam tue masa nk cari counter utk check in.

Dah jmp counter check in tunggu travel buddy Sha & Nena. Jmp dorang, check in then we were ready for boarding.

Jom!


Lets go!
Ok, nie pesanan penaja ok, if korang depart dari KLIA2 make sure uols masuk awal taw sbb nk jalan kat dalam tue agak jauh jugak. Kitorang ritu adalah jalan dalam 30min kot utk smp kat gate. Mujur awal2 dah tanya masa check in kat counter. Kalu tak mmg haru ler. Lom kira nk jamu2 mata kat kedai dalam tue..Mcm2 kedai ada dalam tue. Standard KLIA. Dah xdelar rasa mcm naik flite kat LCCT..hehe. Utk org tua or ibu mengandung ada disediakan buggy pickup. So dont worry.

Flight berlepas on time 1.00am @ 12/11/14. Takde xtvt dlm flight. mmg tido jer ler . Alhamdulillah flight selamat sampai di Incheon International Airport, Korea at 8.20am. Beza waktu korea lewat 1 hour dari Malaysia. Weather about 8-9'C siang hari masa hari kami sampai.

Nak p Myeongdong sila naik bus no: 6015

Ok, dah settle immigration, luggage dah amik kami keluar utk naik aiport bus to Myeongdong sbb kami akan stay kat Myeongdong.

Please exit at gate 5B or 12A kalu nak amik bus no: 6015 utk ke Myeongdong. It will straight smp last stop at Myeongdong. Ok, bus ticket is KRW10,000 or about RM32. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit.

*sorry lar entry x byk gambo sbb tak bawa camera..hihi #alasan!



Namsan Guest House Map


Samapi kat Myeongdong, kami cari Namsan Guest House 4. tak susah pon nak cari coz dia next to Namsan guest House 2. Last year pergi pon kami stay kat Namsan 3 & 2. Very recommended if uols jenis yg x kisah dok hostel. Bukan apa sbb location dia just nice. Boleh jalan kaki jer kalu nak ke Myeongdong famous shopping district or Namsan Tower. Metro subway pon dekat. So leh jimat duit transport gitu. :)

So nmpk kan where is namsan 2,3 & 4
Signboard Namsan 4 nie depa tak pasang lagi. So kalu nk senang cari jer Namsan 2. Next building is Namsan 4.

Namsan 4.
Pic Source: agoda.com

Kami book twin room nie + extra bed. Ngam2 jer utk 3 org. Bilik dia mmg kecik ye kwn2. harap maklum.
Pic source: agoda.com. Tapi mmg gini lar biliknyer.

Nia Kitchen/pantry area. Yg kat tingkap tue reception dia.
Source: agoda.com

Actual view
Complimentary refreshment

PC available for usage tapi kalu nak guna kena charge. So make use jer free wifi dorang. Laju pon boleh tahan. Kat bilik pon dapat. So dont worry, leh update selalu ngan family & kwn2
If tanya aku nk dok namsan guesthouse 1,2,3,4, or 5?? (amik ko 5 building dorang ada), aku will suggest namsan 3 or 2 sbb namsan 3 is building paling depan skali. Kira if sampai korang akan jmp namsan 3 dulu, then namsan 2 next namsan 4 then namsan 5. Lagi satu sbb kitchen/ pantry area namsan 3 lebih luas & the staff are more friendly..boleh jer nk minta early check in. Namsan 4 x layan..sentap makcik! huhu.

Day 1 - Jamu mata at Myeongdong & Coffee2 at Cafe Bene

Myeongdong yg happening


Selfie mak jemah..hahaha

jalan - jalan cuci mata. Kedai kosmetic bersepah kot..haha
Dessert for dinner..aci x?? hahaha

Dah puas jamu mata tgk2 sambil tak beli..next kita cari kedai kopi pulak sebelum balik hostel. Banyak cafe kat Myeongdong nie. Tue yg best! hehe. st day nie try Cafe Bene. Antara cafe yg famous kat sini

selfie lagi..haha. Bukan apa nk tunjuk interior tue sebenornya..hehe #alasan!

Partner in Crime..me & sha
Datang korea wajib lar try strawberry dorang. Manis sgt..Bila tgk strawbery ni teringat sgt kat arwah ejat, huby sha aka travel buddy & partner in crime jugak. . Last year datang  korea ngan dorang. Tak sangka this year dtg lagi but without him..alfatihah utk arwah.


Coffee: KRW4,500 or RM 14.40
Red velvet cake: KRW5,000 or RM16
Strawberry: KRW10,00 or RM32.00
Mahai ko..tapi jgn ler convert kalu x mmg dok umh jer lar..hahaha.
Day 2 : Nami Island

Hari kedua, kami decide utk cover Nami Island. Nak tengok camne view Nami Island in Autumn. Last time pergi time winter. View mmg cantik terus fefelin winter sonata. So rini kita nk tgk camne rupanyer in Autumn.

Jom!

Pepagi posing dulu..Sha & Nena
Kami naik train jer utk ke Nami Island nie. Dari station Myeongdong, beli ticket ke Gapyeong station. But korang kena tukar few line before sampai ke Gapyeong station.

By train:

Myeongdong --> (line 4) --> Dongdaemun History & Culture ---> (line5) ---> Gunja --> (line7)
 --> Sangbong ( line yg ke Chuncheon - Gyeongchun line) ---> Gapyeong .

Ticket one way dalam KRW1150.

Then dah sampai Gapyeong station korang leh amik teksi ke Naminara Wharf or sebut jer nak pergi Nami Island. Banyak teksi ada. Cost dalam KRW3,000 per teksi.

View autumn
Entrance fee utk masuk nami Island nie is KRW10,000 per person or lebih kurang RM32. Ticket termasuk ferry (return). Tapi that day kami dapat diskaun rate KRW8,000 per person. Alhamdulillah.

Jom tgk Nami Island in Autumn!

View dari ferry

bendera mesia pon ada..

Dah smp..lorr terlupa nk bawa kebay utk cik duyung nie..hahaha. sian dia x pakai baju..hehe
red color leaves!! love





Us in autumn

Dah separuh jalan, perut pon dh menyanyi ria..wajib lar singgah makan. Satgi lambat maw perut masuk angin. maklum ler dah tua2 nie makan kena on time..hihi.

So, mari kita makan Nasi Goyang!! :)

Nasi Goyang & Kimchi Pancake



Kalau ke Nami island, korang jangan risau nk makan sbb kat situ ada 2 restaurant halal. Yg famous ni lah kedai Nasi Goyang. Knape panggil nasi goyang?? sbb b4 mkn korang wajib goyang or goncang kan dia dulu..huhu. Isinya ialah nasi + telur + sayur & sauce.

Harga satu set Nasi nie is KRW5,000. Kimchi Pancake pulak harga KRW8,000. Air kosong disedia kan tapi kalu nk order minum yg lain pon ada. Makanan pon sama. So leh lar try nnt.

Musolah or surau pon ada kat bangunan ini.

Dah kenyang perut jom kita teruskan ke lokasi wajib kalu sampai Nami Island.

daun dh color kuning..

reranting

tgk ler punya ramai manusia..cane nk amik gambo??

awesome color!

dapat gak ler sekepin pic xde org..hihi

selfie mak jemah..kesian kami xde monopod..huhu


autumn in my heart





matahari nk turun dah..masa utk beransur pulang

goodbye jung sang..hope to see u again next year..spring ok?? hehe
Nena at entrance nami

Ok jom tunggu ferry, goodbye nami..insyallah next year kita jmp lagi..eh :)

Ferry sampai, then amik teksi balik ke Gapyeong station utk amik train balik Myeongdong. Sampai Myeongdong mmg dah malam lar. Perut pon dah nyanyi2 minta di isi..so mlm ni cari mkn kat luar. Before pergi aritu sempat gak lar google tempat mkn yg halal or yg x serve pork. Ada satu kat Myeongdong nie.

Yoogane, Myeongdong. Pic source: google

Yes, kita cari restaurant ni kat Myeongdong. Nama restaurant ni Yoogane. It serve chicken, beef , seafood & vege. No pork. So boleh lar mkn but of course lar boleh order Seafood & vege sahaja.

Jom tgk menu..




Dah tgk menu, mmg nasi goreng seafood jer lar yg boleh order. 1 set utk per person dlm KRW5,500 convert adalah dalam RM17.  Mahal lar jugak..hahaha habis nak wat camno, kena mkn jugak. Then we order for 3 person.

Yg unik nya, nasi goreng tue akan dimasak atas meja korang..ala2 cam mkn kat steamboat. kuali dok kat tengah meja tue..hihiks

Nasi goreng seafood for 3..

ok akak ne ler tolong goreng..
akak shasha kita tolong interframe..hihiks
Dah abis mkn, jalan2 jap kat Myeongdong..then balik hostel. Penat sehari suntuk kat luar. Esok acara santai2 and layan sunset at Namsan Tower..

Bersambung...