Bismillah
Today aku nak share resepi chocolate brownies..my favorite..nyum nyum..(^_^)
Actually jumpa resepi ni kat Myresepi.com. Bila first time buat sedap pula rasanya.
Sebab sedap & senang nak buat, jadi hari ini aku paste kan resepi nya kat sini. Kalau kawan2 rajin sila lar mencuba..Enjoy! (^_^)
fresh from the oven..nmpk x cun..tp sedapppp..chewahhh, perasan lak..hihihi |
full choc & walnut brownies |
Bahan-bahan
- 250g (sebuku) butter
- 400g coklat masakan
- 6 biji telor
- 1 cawan gula perang (ikut resepi asal 2 cawan, tapi sbb tak nak manis sgt..kurangkan jd 1 jer)
- 2 penutup esen vanilla
- 1 sudu besar coklat emulco
- 3/4 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan serbuk coklat
- 1/2 cawan kacang walnut @ pecan @ almond @ macadamia. Ikut suka. Kalau tak letak kacang pun tak apa.
Cara-cara
- Panaskan oven 180 darjah.
- Double boil butter dan coklat masakan. Pastikan air yang menggelegak tak masuk dalam adunan butter dan coklat masakan. Setelah cair, ketepikan. Biarkan sejuk.
- Dalam bekas lain, masukkan telur, gula perang, esen vanilla dan coklat emulco. Gunakan spatula untuk sebatikan bahan-bahan ini.
- Tuang adunan butter dan coklat masakan yang dicairkan tadi ke dalam adunan di atas. Gaulkan sebati. Jangan kacau terlalu lama. Setakat sebatikan saja.
- Ayak tepung gandum dan serbuk coklat. Masukkan dalam adunan di atas bersama kacang (jika ada). Gaul sebati dan masukkan ke dalam loyang yang sudah digriskan dengan marjerin atau butter.
- Bakar selama 45 minit menggunakan api atas bawah atau sehingga masak. Gunakan lidi untuk periksa bahagian tengah brownies..Dah masak, hidang & ngap..SELAMAT MENCUBA (^_^)