Sunday, May 27, 2012

Brownies Full of Choc & Walnut

Bismillah

Today aku nak share resepi chocolate brownies..my favorite..nyum nyum..(^_^)
Actually jumpa resepi ni kat Myresepi.com. Bila first time buat sedap pula rasanya.
Sebab sedap & senang nak buat, jadi hari ini aku paste kan resepi nya kat sini. Kalau kawan2 rajin sila lar mencuba..Enjoy! (^_^)

fresh from the oven..nmpk x cun..tp sedapppp..chewahhh, perasan lak..hihihi

full choc & walnut brownies

Bahan-bahan 

  • 250g (sebuku) butter
  • 400g coklat masakan
  • 6 biji telor
  • 1 cawan gula perang (ikut resepi asal 2 cawan, tapi sbb tak nak manis sgt..kurangkan jd 1 jer)
  • 2 penutup esen vanilla
  • 1 sudu besar coklat emulco
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan serbuk coklat
  • 1/2 cawan kacang walnut @ pecan @ almond @ macadamia. Ikut suka. Kalau tak letak kacang pun tak apa.

Cara-cara

  1. Panaskan oven 180 darjah.
  2. Double boil butter dan coklat masakan. Pastikan air yang menggelegak tak masuk dalam adunan butter dan coklat masakan. Setelah cair, ketepikan. Biarkan sejuk.
  3. Dalam bekas lain, masukkan telur, gula perang, esen vanilla dan coklat emulco. Gunakan spatula untuk sebatikan bahan-bahan ini.
  4. Tuang adunan butter dan coklat masakan yang dicairkan tadi ke dalam adunan di atas. Gaulkan sebati. Jangan kacau terlalu lama. Setakat sebatikan saja.
  5. Ayak tepung gandum dan serbuk coklat. Masukkan dalam adunan di atas bersama kacang (jika ada). Gaul sebati dan masukkan ke dalam loyang yang sudah digriskan dengan marjerin atau butter.
  6. Bakar selama 45 minit menggunakan api atas bawah atau sehingga masak. Gunakan lidi untuk periksa bahagian tengah brownies..Dah masak, hidang & ngap..SELAMAT MENCUBA (^_^)

4 comments:

  1. salam An!

    nampak sungguh mengiurkan..ha ha..nasib baik baru lepas makan nasi!!! :)

    lenkali buat lebih2 sket, boleh pos kat kawan2 merasa..he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..ok2 nnt kalu rajin sy wat lebih skit sy pos..(hihi tp xtau lar bila rajin tue akan tiba lg..hahaha)

      Delete
  2. Nampak sedap sangat. terliur pulak. nak tanya sikit cik An guna telur gred apa yer, memang tak ada guna susu atau air yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta maaf sgt2 cik lina..late reply. Lama x jenguk blog. Kita mmg xde pakai susu or air. Betul2 ikot resepi tue jer. Telur pon ikot suka jer beli..xtaw grade apa..hihi.

      Delete