Tuesday, July 10, 2012

Sumatra, Indonesia : 13/5/12 - 20/5/12 (Part I)


Assalamualaikum..& Bismillah

Travel to Sumatra kali nie bole kira last minute deals actually utk memenuhi permintaan ibu tercinta. Perjalanan selama 8hari. Kami berlepas ke Padang dari terminal LCCT Kuala Lumpur jam 7.50am waktu Malaysia & tiba di Minangkabau International Airport jam 8.00am waktu Indonesia Barat (waktu indonesia 1 jam kebelakang dr msia).




Kebetulan pula passenger yg tiba di bandara minangkabau hari tue disambut oleh sepasang mempelai lengkap berpakaian pengantin Minang. Maybe ini adalah salah satu cara utk dorang promote indonesia tourism..(^_^)

Dh hai hai bye bye ngan pengantin td..mengadap lak imigresen..part nie yg paling aku x gemor..tp alhamdulillah sume nya lancar.

 Happy mama dpt jmp family..hihi. btw trip nie actually trip mama & geng dia...So aku nie kira P.A dorang & photographer utk dorang lar. tue pasal last minute aku kena folo juga. Smp2 makcik2 ku dh sedia menanti..Selesai peluk cium terus gerak utk cari mkn..lapor dr KL awal pagi x mkn apa2 lg..huhuhu

 Singgah makan kat sini..Restoran Lamun Ombak..bkn Ombak Rindu yek..hehehe

 Besau gak restoran nie..

Makanan cam biasa lar sepenuh meja..bismillah, isi perut dulu kita..hihi.

Dah selesai makan kenyang perut senang hati. baru lar mood nk berjalan tue dtg..hahaha. So after mkn kami teruskan perjalanan menuju ke Lembah Anai, tgk air terjun tepi jln..(^_^)

Auntie Jim, Maklong Jah, Cik Jue & Ibu..posing kat entrance pintu masuk Lembah Anai
Kalu nk tengok air terjun nie dari luar pun bole..tapi if nk tgk lg dekat & leh celup2 tangan main air kena lar byr entrance fee around Rp 2,ooo..kalu convert to RM x smp seringgit pun.

 Cantik kan air terjun nie..tp utk tgk & photo2 jer kay..mandi manda not allowed yek.

 Alkisah nya air terjun nie kaya dgn mineral bagai..sgt sesuai utk awet muda..percaya x??.ada berani minum lar..tp mmg sejuk air nyer..rasa kalu dpt terjun sure best..tapi x bole lar pulok..huhuhu

Haaa..tgk tue..tak ke kat tepi jln jer air terjun tue..



nak juga berposing  berbackgroud kan waterfall tue..hihi



Sgt tenang tgk air terjun nie...

Selesai jamu mata tgk air terjun perjalanan diterus kan lagi. Next stop is Batu Sangkar. Kita nk tgk Istana Besar Pagar Ruyong..

Perjalan ke Batu Sangkar..mata dijamu lagi dgn pemandangan hijau sawah padi..

Dan akhirnya kami smp ke tempat yg dituju..Tapak Istana Besar Pagar Ruyung. Sayang nya time nie Replika Istana Besar ini still under construction sbb Istana lama sebelum nieyg sedia telah musnah dlm kebakaran dipercayai dari akibat di panah petir..Actually ini bukan kali pertama aku kesini..before pun dh pernah smp & masuk tgk all the alat kebesaran Diraja Pagaruyung. Tapi aku akan selalu ada some feeling bila tgk Istana nie..xtau camne nk describe..Maybe sbb susur galur kita yg dari sini barangkali yek..(^_^)

Bayaran masuk yg tetap tidak dikenakan..cuma derma ikhlas shj yg diminta dari para pengunjung. Donation diperlukan utk membangun kan semula Istana ini.







 Inside..under construction


Details kat dinding..cantik..


nak posing juga..sbb wall tue cantik..(^_^)

view luar

 Main entrance Istana Basa Pagaruyung..

Usai melawat Istana Pagaruyung, kami pun bergerak untuk pulang. Sebelum itu destinasi terakhir pada hari pertama kami di tanah minang ini ialah Danau Singkarak.

jalan raya mengelilingi danau


Danau Singkarak is Danau kedua terbesar di Indonesia

sejuk mata memandang
Lepak sekejap kat sini..layan angin sepoi2 bahasa..then baru gerak utk pulang ke daerah Palangki. Overnite kat rumah ibu ku. 

check in sini..first day..rumah ibu ku..(^_^)

best..blkg umah ada view sawah padi..

view pagi hari..tenang jer
 Hari kedua, destinasi diteruskan ke kampung mama..Siguntur di daerah Sijunjung. Dari Palangki ke Siguntur lebih kurang 2jam perjalanan. Itenary hari kedua, kami akan smp di kg mama then terus ke ladang makcik ku utk mkn tengahari..(^_^)

ladang makcik ku..dia tanam jagung..tp lupa nk snap gmbr ladang jagung nya..yg nie x sure tanam apa..

mama & makdang (panggilan utk pakcik ku..)
selera sungguh kami mkn..menu kg..gulai siput+rendang pucuk paku+ ikan bakar+sambal lado+ulam2..bertambah mkn..hihi

tue ada yg dh tersandar kekenyangan..hihi. tp mulut tetap mkn..jagung rebus!

dessert..manggo + cendol..huh..terbaek lar..

Gendang gendut tali kecapi..kenyang perut senang hati. Dah settle mkn tengahari kat ladang..kami pun bergerak pulang ke rumah makcik ku utk solat & berehat. This time x naik keta, dari ladang kita kena cross sungai pulak..naik perahu pulak..Actually bole jer naik keta blk..tapi malas nk memusing jauh & nk rasa naik sampan..so, beg2 kami jer naik keta, kitorang cross sungai naik sampan..mcm2..;D


to be continue..

Sunday, May 27, 2012

Brownies Full of Choc & Walnut

Bismillah

Today aku nak share resepi chocolate brownies..my favorite..nyum nyum..(^_^)
Actually jumpa resepi ni kat Myresepi.com. Bila first time buat sedap pula rasanya.
Sebab sedap & senang nak buat, jadi hari ini aku paste kan resepi nya kat sini. Kalau kawan2 rajin sila lar mencuba..Enjoy! (^_^)

fresh from the oven..nmpk x cun..tp sedapppp..chewahhh, perasan lak..hihihi

full choc & walnut brownies

Bahan-bahan 

  • 250g (sebuku) butter
  • 400g coklat masakan
  • 6 biji telor
  • 1 cawan gula perang (ikut resepi asal 2 cawan, tapi sbb tak nak manis sgt..kurangkan jd 1 jer)
  • 2 penutup esen vanilla
  • 1 sudu besar coklat emulco
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan serbuk coklat
  • 1/2 cawan kacang walnut @ pecan @ almond @ macadamia. Ikut suka. Kalau tak letak kacang pun tak apa.

Cara-cara

  1. Panaskan oven 180 darjah.
  2. Double boil butter dan coklat masakan. Pastikan air yang menggelegak tak masuk dalam adunan butter dan coklat masakan. Setelah cair, ketepikan. Biarkan sejuk.
  3. Dalam bekas lain, masukkan telur, gula perang, esen vanilla dan coklat emulco. Gunakan spatula untuk sebatikan bahan-bahan ini.
  4. Tuang adunan butter dan coklat masakan yang dicairkan tadi ke dalam adunan di atas. Gaulkan sebati. Jangan kacau terlalu lama. Setakat sebatikan saja.
  5. Ayak tepung gandum dan serbuk coklat. Masukkan dalam adunan di atas bersama kacang (jika ada). Gaul sebati dan masukkan ke dalam loyang yang sudah digriskan dengan marjerin atau butter.
  6. Bakar selama 45 minit menggunakan api atas bawah atau sehingga masak. Gunakan lidi untuk periksa bahagian tengah brownies..Dah masak, hidang & ngap..SELAMAT MENCUBA (^_^)

Friday, May 25, 2012

Puding Roti

Bismillah

Alhamdulillah malam nie mood rajin ku tiba..rajin pulak nk baked & update blog..(^_^)

Request dari kak ipar yg teringin nak makan puding roti ku..(aritu wat k.ipar tak sempat nk rasa dh abis, omak & alya shana mkn..sedap lar kot..hahaha), so rini mood rajin tiba, bahan pun ada, jadi kita pun turun lar ke dapur buat..& inilah hasil nya..tadaaa!!!!sedap mkn ngan ice ream vanila..wallaheee.

Fresh from the oven..nyum..nyumm..

BAHAN-BAHAN
  • 4 keping roti
  •  2 biji telur ayam
  • 1 sudu besar butter - cairkan
  • 1/4 cawan gula (equals to 50gram)
  • 235ml susu cair - nak guna fresh milk pon boleh
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • kismis ikut suka hati

CARA-CARA

  1. Toast roti ke dalam toaster sehingga garing (kalu malas nk bakar atas kuali je, pun bole..hihihi). Carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam acuan.
  2. Tabur sedikit kismis di celah-celah dan di atas roti, kemudian tuang butter yang telah dicairkan tadi ke atas roti tersebut.
  3. Pukul telur, susu, gula dan esen vanilla sehingga sebati dan tuang ke dalam acuan yang berisi roti tadi.
  4. Tabur lebihan kismis dan biarkan adunan telur menyerap sebentar ke dalam roti.
  5. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan sehingga keperangan selama 20-25 minit dengan suhu 180 C.
  6. Angkat, hidang dan ngap..opsss, jgn lupa baca bismillah yek (^_^). Enak dimkn begitu saja or nk lagi best mkn ngan ice cream..mmg umppp!! Selamat Mencuba.. (^_^)


Sunday, May 20, 2012

Sneak Peek: Sumatra, Indonesia : 13/5/12 - 20/5/12

Bismillah

Alhamdulillah hari ini 20/5/12, kami selamat sampai ke bumi bertuah Malaysia selepas menikmati keindahan bumi Ranah Minang, Sumatra Indonesia selama seminggu.

Istano Basa Pagaruyung

Route kami >> Kuala Lumpur - Padang - Palangki - Siguntur - Pekan Baru - Danau Maninjau - Bukit Tinggi - Padang - Kuala Lumpur.

Antara Lokasi / Wisata yg dilawati:
 > Istana Besar Pagaruyung - Batu Sangkar
> Danau Singkarak ( merupakan antara tasik terbesar di sumatra)
> Palangki ( visit my auntie hse)
> Siguntur ( blk kg mama ku )
> Pasar Bawah, Pekan Baru
> Danau Maninjau
> Bukit tinggi ( tempat shopping)
> Jam Gadang, Bukit Tinggi
> Pasar Aur, Near Bukit Tinggi
> Layan Sunset kat Teluk Bayur - Padang
> Jambatan siti Nurbaya - Padang

Bersambung..



Saturday, May 12, 2012

K.A.T.S -Kucing Adalah Teman Setia (^_^)

Assalamualaikum & Bismillah

This entry is dedicate to all cat lovers..Meowww!!! (^_^)

comel kan cat2 nie (^_^)

Hari nie bertempat di Cafe by Lanson, Lanson Place, Jalan Ampang (beside Victoria Station, Jalan Ampang), we went to support usaha murni our besfriend, INTAN & TINI who is the founder of K.A.T.S Malaysia.


pic credit to INTAN

pic credit to K.A.T.S Malaysia

K.A.T.S. Malaysia adalah komuniti & online shop yg menyediakan perkhidmatan custom made gift for any occasion at a very affordable price..Do drop by to their blog for more details, www.katsmalaysia.blogspot.com.

Tapi kat sini bukan nak cerita tentang business sahaja tetapi apa yg lebih menarik tentang K.A.T.S adalah objective mereka utk menderma & membantu kepada usaha murni Pusat Jagaan Kucing, Omiey Cat Shelter yg sangat aktif dalam aktiviti menyelamatkan kucing jalanan serta aktiviti2 kembiri & usaha adoption kucing.

Omiey Home adalah Pusat Jagaan Kucing yg menyediakan tempat tinggal sementara untuk kucing-kucing terbiar sebelum diberikan kepada mereka yang ingin mengadopt kucing2 ini. So, kawan2 sapa yg rasa ingin bela kucing bole dtg sini utk adop kucing2 nie. Juga bole hubungi mereka for more details or just drop by kat blog mereka utk tahu lebih lanjut tentang usaha murni mereka atau utk membantu sebagai sukarelawan.
pleasa klik HERE for more details about Omiey Home
So, kawan2 yg pencinta kucing, do support K.A.T.S Malaysia kerana sebahagian dari hasil jualan dari K.A.T.S Malaysia akan didermakan kepada Pusat Jagaan Kucing, Omiey Cat Shelter yg sgt2 memerlukan derma ikhlas anda utk mereka terus membantu kepada usaha menyelamatkan kucing2 jalanan & usaha mereka utk create more awareness among malaysian utk sama2 membantu haiwan comel ini. Sama-sama lar kita membeli sambil menderma.

 Do visit them:

www.katsmalaysia.blogspot.com
www.omieyhome.blogspot.com

Please "LIKE" them at FB to support them too.


End.




Wednesday, May 9, 2012

Sunan Musafir

 Bismillah

This entry is dedicated to all Ramlee Awang Murshid Fan (RAMFC) @ RAMians!!! (^_^)

Siapa yg big fan of Ramlee Awang Murshid, Novelis Thriller No.1 Malaysia nie mesti haritu pun cam aku juga tak sabar menantikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 yg telah pun selesai berlangsung dari 27th April hingga 6th Mei 2012. Kenapa?? Sebab on PBAKL 2012 lar dijual novel yg sgt2 dinantikan oleh sume follower "Laksamana Sunan" iaitu ending to ceritera epic dwi-trilogi "Bagaikan Puteri" yg aku kira mmg dah jadi fenomena utk novel melayu.

Aku sendiri pun dua kali ke PBAKL..sekali on 1st Mei,mmg saje dtg utk cari buku2 yg menarik utk bacaan, walau taw dah masa tue belom released pun lagi "Sunan Musafir" & 2nd time on 5th Mei which i purposely dtg just to beli this novel..Mmg hebat lar sambutan utk novel nie coz by the time aku smp dh sold out kata staff karangkraft..hebat lar 1000 unit hardcopy novel nie leh sold out in sehari setengah jer..huh, kiciwa sungguh time tue dgr..tapi alhamdulillah, mmg dh rezeki aku kot dpt juga hardcopy tue..last piece kata akak tue..waahhhh,apalagi terus amik & bayar.mode: suke!!! (^_^) For info novel nie hanya akan ada kat market by end of this mei..lmbt lagi tue...hihi nie case x sabar nk tau ending story lar..hahaha.

Walau pun aku dh menoktahkan pembacaan novel nie smlm tepat jam 2.35am..mode: sedih, tapi demi menghormati rakan2 yg belom mendapatkan novel ini & demi menghormati pesanan RAMFC, no comment in this entry. Cuma yg pasti, sila dapatkan novel anda!!! Terbaek dari Tuan Ramlee Awang Murshid. (^_^)


Senang hati..hard cover "Sunan Musafir" di genggaman (^_^)

ini yg buat lagi mahal.."Sunan Musafir" with  RAM signature


hahaha..siap beli T-shirt lagi to support RAMFC..nk beli leh order, klik SINI





Dwi-trilogi pengembaraan "Laksamana Sunan" yg wajib korang baca & dapatkan:

pic credit to Azim Sunan


 Sekian, Terima Kasih.
 (^_^)




Saturday, April 28, 2012

Friday the 13th - Gunung Datuk


Bismillah

Friday the 13th..Tittle entry cam citer seram jer yek..tapi xde apa pun. Yg sebenarnya pada 13/4/2012 yg kebetulan nya malam hari jumaat, aku menjoin kan diri utk events Hamydy bagi Pendakian Malam Ke Puncak Gunung Datuk. Pendakian nie merupakan salah satu dari siri training yg Mydy buat utk peserta kinabalu groupnya yg akan ke sana this May.

 
Group photo utk Penadakian Malam Gunung Datuk 13/4/21012 - pic credit to Hamydy


Utk pengetahuan, ini ialah first time aku wat nite hiking. suspen gak..takut gak nk folo memula. Yelar memalam masuk hutan..huishhh bising gak lar omak kat umah bila taw..hihi. Tapi Alhamdulillah selamat semuanya (^_^)


 pic credit to Hamydy

Ok, apa pun before hiking..kita kena warm up dulu yek. Settled itu dgn di iringi bacaan doa, maka pendakian malam pun bermula around 11pm.


sempat lagi posing walau dlm gelap..hihi (pic credit to mydy)


Ok, selamat smp kat puncak base camp kul 3am, tido jap dgn harapan nk layan sunrise pg esok nya tapi xde rezeki kami aritu. Hujan renyai pagi tue tapi mujur sekejap jer. Usai reda, kami mula mendaki tangga pertama utk ke puncak. Enjoy the view..(^_^)

Group photo @ puncak Gunung datuk - pic credit to Hamydy

kabut..view x clear sgt

best kalu dpt lepak duk atas batu nie kot kan..layan view dari puncak gunung datuk

kalu senyum..langsung dh x nampak mataku..hihi






cun pic nie..mydy+kak asma+mar

mydy tgh citer sejarah/dongeng abt jejak tapak kaki yg ada kt puncak gng datuk.. konon nyer, jejak tapak kaki tue milik laksaman hang tuah..wauallah.


tue tangga nk menuju ke puncak yg ada jejak tapi kaki "hang tuah"



zoom in "jejak kaki hang tuah"
kabus berlalu..





owh..nie lar gua batu tempat kami berteduh masa hujan awal pagi td..

kak asma dlm gua batu..tempat berteduh dr hujan..




Time to turun.. dah terang hari baru lar dapat tgk trek yg kami lalui semalam..huish kalu siang hari tue mau psyco gak aku nk menyampai kan ke atas..hehe (^_^)








skali jmp "hafiz"..hihi..awan nano tul rambut bdk nie..hahaha.





 

pondok roboh..satu drp cp kt sini
huish..nmpk trek tue, tegak jer kan..tapi ada jer family yg naik with kids..salute lar kat kids tue..^_^
jmp pokok besar nie..brp lar agak nyer umur pokok nie..
tgk how big the tree..
3 dara pingitan..hihi
Dan akhirnya kami selamat smp turun ke bawah. Alhamdulillah satu lagi pengalaman baru utk aku. Kerna kinabalu now aku dh "terjebak" lak ngan xtvt hiking2 nie..hahaha. But its ok coz i enjoyed it! (^_^)